Video: Polis Bantuan TBS Berkasar Dengan Orang Awam Tersebar!


TERMINAL BERSEPADU SELATAN - 12 jam yang lalu seorang lelaki mendakwa dia dikasari oleh dua anggota polis bantuan di terminal berkenaan.

Baca pendedahan mangsa di bawah:

Kejadian ini berlaku petang tadi (21/12/2014) jam lebih kurang 4.25pm. Saya menemani sepupu saya untuk pulang ke kampung di Melaka. Dia ini, pertama kali naik bas. Saya pula memang tak pernah menggunakan perkhidmatan bas.

Dipendekkan cerita, kami berdua yang baru lepas makan di tingkat tiga, pergi ke tandas di tingkat berkenaan. Selepas itu, kami turun terus melalui tangga yang terdekat dengan tandas itu.

Sampai di tempat nak menunggu bas yang terdapat banyak pintu bernombor, kami berdua ditahan dua anggota polis TBS. Mereka meminta tiket bas dan tanya dari mana kami datang. Saya ceritalah seperti di atas. Rupa-rupanya kami perlukan cop pengesahan di tingkat dua sebelum turun ke tingkat satu. Yang saya pula memang tak boleh nak temankan sepupu sebab saya tak ada tiket.

Okay, yang itu memang saya mengaku saya bersalah dan boleh ikut arahan untuk naik ke atas tanpa melawan untuk mendapatkan cop tersebut. Tetapi polis ini menggunakan kata-kata yang kesat dan meninggikan suara pada saya. Selepas itu, saya suruh dia cakap baik-baik. Baru pertama kali kot, bukannya setiap hari saya buat salah yang sama. Benda ini, kalau cakap baik-baik pun boleh kan?

Dalam kepala saya asyik berfikir, kalau tak boleh ikut tangga yang berdekatan dengan tandas itu, kenapa mereka tak kunci atau ketatkan kawalan di situ? Juga tiada sebarang notis pada pintu tersebut yang menggatakan tidak boleh melalui situ jika tiada tiket.

Okay, sampai di tingkat dua, sepupu saya dah dapatkan cop. Sebelum nak beredar, saya minta maaf pada dia dan minta dia cakap baik-baik selepas ini.

Dia (Polis Bantuan) panas kot kena tegur. Lagi sekali dia melenting, siap ajak bergaduh di luar terminal, siap nak buka baju uniform ajak bergaduh. Kawan dia yang jaga kaunter datang menghampiri saya dan bawa jauh sikit dari rakan setugasnya itu dengan ayat yang berbudi bahasa. 

Yang 'mamat' itu menyalak, 

"Kalau tak puas hati jom fight kat luar"

Bagaimanapun, dia cuba ditenangkan oleh rakan setugasnya itu.

Nama pada uniform anggota terbabit ialah Ikhwan.

_____________________________________________________________
Bersalah atau pun tidak, bukan begini caranya menangani masalah. Cara percakapan yang biadab seperti ini jelas sekali menunjukkan bahawa anggota polis bantuan terbabit hanya layak berkerja dengan golongan samseng di ibu kota. Langsung tidak layak menyarung uniform pasukan keselamatan. 

Hanya kerana perangai 'gila' anggota terbabit telah menyebabkan seluruh agensi keselamatan khususnya kerajaan tercalar buruk. Anggota terbabit wajar dikenakan tindakan tatatertib. - MYMEDIAHUB

Video: Polis Bantuan TBS Berkasar Dengan Orang Awam Tersebar! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel